Catatan: Bahan tercantum dalam daftar bahan kimia terbatas
EC/CAS
75-05-8
Nama bahan kimia
Acetonitrile
Konsentrasi
N/A
General Information
A. Nama produk
Description
1.3 Sinonim:
AN; Methyl cyanide; Ethanenitrile
nomor CAS
75-05-8
Nomor Telepon Darurat 24 Jam
+(60)-327884561
Icons in SDS
Company Information
perusahaan
Thermo Fisher Scientific Fisher Scientific (M) Sdn Bhd
Alamat email
laboratorysolution@thermofisher.com
GHS Information
Kata sinyal
Bahaya
Section 2
Bagian ii - identifikasi risiko
Kenyataan Bahaya H225 - Cecair dan wap amat mudah terbakar H319 - Menyebabkan kerengsaan mata yang serius H302 + H312 + H332 - Memudaratkan jika tertelan, terkena kulit atau tersedut Kenyataan Awasan Pencegahan P210 - Jauhkan daripada haba, permukaan panas, percikan api, nyalaan terbuka dan sumber pencucuhan yang lain. Dilarang merokok P233 - Pastikan bekas ditutup dengan ketat P240 - Bekas dan peralatan penerima harus dibumikan dan dirangkaikan P241 - Gunakan kelengkapan elektrik/ pengalihudaraan/ pencahayaan yang tahan letupan P242 - Gunakan alat yang tidak mengeluarkan percikan api P243 - Ambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan nyahcas statik P261 - Elakkan daripada tersedut habuk/wasap/gas/kabus/wap/semburan P264 - Basuh muka, tangan dan mana-mana kulit yang terdedah dengan sebersih-bersihnya selepas mengendalikan bahan P270 - Jangan makan, minum atau merokok semasa menggunakan produk ini P271 - Gunakan hanya di luar bangunan atau di dalam kawasan yang dialihudarakan dengan baik P280 - Pakai sarung tangan pelindung / pakaian pelindung / perlindungan mata / perlindungan muka Tindak balas P303 + P361 + P353 - JIKA TERKENA KULIT (atau rambut): Segera tanggalkan/buka semua pakaian yang tercemar. Basuh kulit dengan air atau pancuran air P304 + P340 - JIKA TERSEDUT: Pindahkan mangsa ke kawasan berudara segar dan pastikan mangsa selesa supaya dapat bernafas P305 + P351 + P338 - JIKA TERKENA MATA: Bilas berhati-hati dengan air selama beberapa minit. Tanggalkan kanta lekap, jika ada dan dapat dilakukan dengan mudah. Teruskan membilas P312 - Hubungi PUSAT RACUN atau doktor/pakar perubatan jika anda rasa tidak sihat P330 - Berkumur P363 - Basuh pakaian yang tercemar sebelum menggunakannya semula P370 + P378 - Jika berlaku kebakaran: Gunakan pasir kering, bahan kimia kering atau busa tahan alkohol untuk memadamkan kebakaran Storan P403 + P235 - Simpan di tempat yang dialihudarakan dengan baik. Simpan di tempat sejuk Pelupusan P501 - Lupuskan kandungan/bekas ke kilang pembuangan sisa yang diluluskan Bahaya Lain Ketoksikan kepada organisma-organisma tanah Toksik kepada vertebra daratan Produk ini tidak mengandungi sebarang pengganggu endokrin yang diketahui atau disyaki Bahagian 3: KOMPOSISI/MAKLUMAT RAMUAN Komponen No. CAS Peratus berat ASETONITRIL 75-05-8 <=100 Bahagian 4: LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS Perihalan langkah-langkah pertolongan cemas Nasihat Umum Jika simptom berterusan, hubungi pakar perubatan. Terkena Mata Bilas dengan serta-merta menggunakan air yang banyak, juga di bawah kelopak mata, selama sekurang-kurangnya 15 minit. Dapatkan perhatian perubatan. Terkena Kulit Cuci serta-merta dengan air yang banyak selama sekurang-kurangnya 15 minit. Jika kerengsaan kulit berterusan, hubungi pakar perubatan. Pengingesan Cuci mulut dengan air dan minum banyak air selepas itu. Penyedutan Beralih ke tempat berudara segar. Jika tidak bernafas, berikan pernafasan bantuan. Dapatkan perhatian perubatan jika berlaku simptom. Perlindungan Sendiri Bagi Ahli Keluarkan semua sumber pencucuhan. Gunakan kelengkapan pelindung diri seperti yang Pertolongan Cemas diperlukan. Pastikan kakitangan perubatan mengetahui bahan yang terbabit, mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri mereka dan mencegah tersebarnya kontaminasi. Simptom dan kesan paling penting, kedua-dua akut dan tertunda Tiada yang diramalkan sewajarnya. Simptom pendedahan melampau mungkin sakit kepala, kepeningan, penat, loya dan muntah. Metabolisma boleh membebaskan sianida, yang boleh menyebabkan sakit kepala, pening, lemah, pitam, tidak sedar diri, dan kemungkinan maut. Penyedutan wap berkepekatan tinggi mungkin menyebabkan simptom seperti sakit kepala, pening, letih, loya dan muntah. Petunjuk bagi keperluan perhatian perubatan segera dan rawatan khas Nota kepada Doktor Rawat mengikut simptom. Kesan mungkin tertangguh jadi pemerhatian perubatan adalah penting. Kesan-kesan mungkin ditangguhkan 7 hingga 10 jam. Boleh dimetabolismekan untuk sianida yang seterusnya bertindak dengan menghalang sitokrom oksidase merosakkan respirasi sel. Bahagian 5: LANGKAH MEMADAM KEBAKARAN Bahan memadamkan api Media Pemadaman Yang Sesuai Semburan air. Karbon dioksida (CO 2), Bahan kimia kering, Pasir kering, Busa tahan alkohol. Kabus air boleh digunakan untuk menyejukkan bekas yang ditutup. Media pemadaman yang tidak boleh digunakan atas sebab-sebab keselamatan Jangan gunakan aliran air yang padu kerana ia mungkin menyerakkan dan menyebarkan api. Bahaya khas daripada bahan atau campuran Mudah menyala. Wap boleh membentuk campuran mudah letup dengan udara. Wap boleh bergerak kepada sumber pencucuhan dan terbakar. Bekas mungkin meletup apabila dipanaskan. Wap boleh membentuk campuran mudah letup dengan udara. Produk Pembakaran Berbahaya Hidrogen sianida (asid hidrosianik), Nitrogen oksida (NOx), Karbon monoksida (CO), Karbon dioksida (CO2). Nasihat untuk anggota bomba Pakai alat pernafasan serba lengkap permintaan tekanan, MSHA/NIOSH (diluluskan atau setara) dan pakaian perlindungan lengkap. Bahagian 6: LANGKAH-LANGKAH PELEPASAN TIDAK SENGAJA Pengawasan diri, peralatan perlindungan dan prosedur kecemasan Pastikan alih udara yang sempurna. Gunakan kelengkapan pelindung diri seperti yang diperlukan. Keluarkan semua sumber pencucuhan. Ambil langkah berjaga-jaga terhadap buangan statik. Langkah melindungi alam sekitar Tidak sepatutnya dibebaskan ke persekitaran. Cara dan bahan untuk Pembendungan dan Pembersihan Serap dengan bahan menyerap lengai. Simpan di dalam bekas yang tertutup dan sesuai untuk pelupusan. Keluarkan semua sumber pencucuhan. Guna alat kalis percikan api dan peralatan kalis letupan. Rujukan kepada seksyen lain Sila rujuk langkah-langkah perlindungan yang tersenarai dalam Seksyen 8 dan 13. Bahagian 7: PENGENDALIAN DAN STORAN Langkah Berjaga-jaga untuk Pengendalian Selamat Pakai peralatan perlindungan peribadi/perlindungan muka. Pastikan alih udara yang sempurna. Jangan biarkan terkena mata, kulit atau pakaian. Elakkan penelanan dan penyedutan. Jauhkan daripada nyalaan terbuka, permukaan panas dan sumber pencucuhan. Gunakan hanya alat yang tidak mengeluarkan percikan api. Untuk mengelak pencucuhan wap oleh pembebasan elektrik statik, semua bahagian peralatan dari logam mesti dibumikan. Ambil langkah berjaga-jaga terhadap buangan statik. Keadaan bagi penyimpanan yang selamat, termasuklah apa-apa ketidakserasian Tutup rapat bekas dan simpan di tempat yang kering dan mempunyai aliran udara yang baik. Jauhkan daripada haba, percikan api dan nyalaan. Flammables area. Kegunaan akhir khusus Penggunaan dalam makmal. Bahagian 8: KAWALAN PENDEDAHAN/PERLINDUNGAN PERIBADI Parameter Kawalan Komponen Malaysia TLV ACGIH OSHA PEL ASETONITRIL TWA: 20 ppm (Vacated) TWA: 40 ppm Skin (Vacated) TWA: 70 mg/m3 (Vacated) TWA: 5 mg/m3 (Vacated) STEL: 60 ppm (Vacated) STEL: 105 mg/m3 TWA: 40 ppm TWA: 70 mg/m3 Komponen Kesatuan Eropah United Kingdom Jerman ASETONITRIL TWA: 40 ppm (8hr) STEL: 60 ppm 15 min TWA: 10 ppm (8 Stunden). AGW - TWA: 70 mg/m3 (8hr) STEL: 102 mg/m3 15 min exposure factor 2 Skin TWA: 40 ppm 8 hr TWA: 17 mg/m3 (8 Stunden). AGW - TWA: 68 mg/m3 8 hr exposure factor 2 TWA: 10 ppm (8 Stunden). MAK TWA: 17 mg/m3 (8 Stunden). MAK TWA: 2 mg/m3 (8 Stunden). MAK Höhepunkt: 20 ppm Höhepunkt 34 mg/m3 Höhepunkt 2 mg/m3 Haut Kawalan-kawalan pendedahan Langkah-langkah Kejuruteraan Pastikan pengalihudaraan mencukupi, terutama sekali di dalam kawasan terkurung. Stesen pencuci mata dan pancuran keselamatan hendaklah dipastikan dekat dengan lokasi tempat bekerja. Guna kelengkapan elektrik/pengudaraan/pencahayaan yang kalis letupan. Di mana mungkin, langkah-langkah kawalan kejuruteraan seperti pengasingan atau kurungan proses, pengenalan perubahan proses atau peralatan untuk mengurangkan pelepasan atau pendedahan, dan penggunaan sistem pengalihudaraan yang direka dengan baik, perlu diguna pakai untuk mengawal bahan-bahan berbahaya di puncanya