Catatan: Bahan tercantum dalam daftar bahan kimia terbatas
EC/CAS
127-19-5
Nama bahan kimia
N,N-dimethylacetamide (DMAC)
Konsentrasi
N/A
General Information
A. Nama produk
Description
nomor CAS
127-19-5
Nomor Telepon Darurat 24 Jam
+(60)-327884561
Icons in SDS
Company Information
perusahaan
Thermo Fisher Scientific Fisher Scientific (M) Sdn Bhd
Alamat email
laboratorysolution@thermofisher.com
GHS Information
Kata sinyal
Bahaya
Section 2
Bagian ii - identifikasi risiko
Kenyataan Bahaya H319 - Menyebabkan kerengsaan mata yang serius H360D - Boleh merosakkan janin H312 + H332 - Memudaratkan jika terkena kulit atau tersedut Kenyataan Awasan Pencegahan P201 - Dapatkan arahan khas sebelum menggunakan produk P202 - Jangan kendalikan bahan sehingga semua langkah berjaga-jaga keselamatan telah dibaca dan difahami P210 - Jauhkan daripada haba, permukaan panas, percikan api, nyalaan terbuka dan sumber pencucuhan yang lain. Dilarang merokok P261 - Elakkan daripada tersedut habuk/wasap/gas/kabus/wap/semburan P264 - Basuh muka, tangan dan mana-mana kulit yang terdedah dengan sebersih-bersihnya selepas mengendalikan bahan P270 - Jangan makan, minum atau merokok semasa menggunakan produk ini P271 - Gunakan hanya di luar bangunan atau di dalam kawasan yang dialihudarakan dengan baik P280 - Pakai sarung tangan pelindung / pakaian pelindung / perlindungan mata / perlindungan muka Tindak balas P302 + P352 - JIKA TERKENA KULIT: Basuh dengan sabun dan air yang banyak P304 + P340 - JIKA TERSEDUT: Pindahkan mangsa ke kawasan berudara segar dan pastikan mangsa selesa supaya dapat bernafas P305 + P351 + P338 - JIKA TERKENA MATA: Bilas berhati-hati dengan air selama beberapa minit. Tanggalkan kanta lekap, jika ada dan dapat dilakukan dengan mudah. Teruskan membilas P312 - Hubungi PUSAT RACUN atau doktor/pakar perubatan jika anda rasa tidak sihat P363 - Basuh pakaian yang tercemar sebelum menggunakannya semula P370 + P378 - Jika berlaku kebakaran: Gunakan pasir kering, bahan kimia kering atau busa tahan alkohol untuk memadamkan kebakaran Storan P403 + P235 - Simpan di tempat yang dialihudarakan dengan baik. Simpan di tempat sejuk Pelupusan P501 - Lupuskan kandungan/bekas ke kilang pembuangan sisa yang diluluskan Bahaya Lain Cecair boleh bakar Produk ini tidak mengandungi sebarang pengganggu endokrin yang diketahui atau disyaki Bahagian 3: KOMPOSISI/MAKLUMAT RAMUAN Komponen No. CAS Peratus berat Dimethyl acetamide 127-19-5 >95 Bahagian 4: LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS Perihalan langkah-langkah pertolongan cemas Nasihat Umum Tunjukkan helaian data keselamatan ini kepada doktor yang membuat rawatan. Perlukan perhatian perubatan segera. Terkena Mata Bilas dengan serta-merta menggunakan air yang banyak, juga di bawah kelopak mata, selama sekurang-kurangnya 15 minit. Jika terkena mata, basuh serta-merta dengan air yang banyak dan dapatkan nasihat perubatan. Terkena Kulit Cuci serta-merta dengan air yang banyak selama sekurang-kurangnya 15 minit. Perlukan perhatian perubatan segera. Pengingesan JANGAN paksa muntah. Hubungi pakar perubatan atau pusat kawalan racun dengan serta-merta. Penyedutan Beralih ke tempat berudara segar. Jika tidak bernafas, berikan pernafasan bantuan. Jangan gunakan kaedah mulut ke mulut jika mangsa teringes atau tersedut bahan; berikan respirasi bantuan menggunakan topeng saku yang dilengkapkan dengan injap sehala atau peranti perubatan respirasi lain yang sewajarnya. Perlukan perhatian perubatan segera. Perlindungan Sendiri Bagi Ahli Pastikan kakitangan perubatan mengetahui bahan yang terbabit, mengambil langkah Pertolongan Cemas berjaga-jaga untuk melindungi diri mereka dan mencegah tersebarnya kontaminasi. Simptom dan kesan paling penting, kedua-dua akut dan tertunda Tiada yang diramalkan sewajarnya. Simptom pendedahan melampau mungkin sakit kepala, kepeningan, penat, loya dan muntah. Petunjuk bagi keperluan perhatian perubatan segera dan rawatan khas Nota kepada Doktor Rawat mengikut simptom. Simptom mungkin tertunda. Bahagian 5: LANGKAH MEMADAM KEBAKARAN Bahan memadamkan api Media Pemadaman Yang Sesuai Semburan air, karbon dioksida (CO2), kimia kering, busa alkohol. Kabus air boleh digunakan untuk menyejukkan bekas yang ditutup. Media pemadaman yang tidak boleh digunakan atas sebab-sebab keselamatan Tiada maklumat yang tersedia. Bahaya khas daripada bahan atau campuran Bahan boleh bakar. Bekas mungkin meletup apabila dipanaskan. Pastikan produk dan bekas kosong jauh dari haba dan sumber penyalaan. Penguraian terma boleh mengakibatkan pelepasan gas dan wap yang merengsa. Produk Pembakaran Berbahaya Karbon monoksida (CO), Karbon dioksida (CO2), Nitrogen oksida (NOx). Nasihat untuk anggota bomba Pakai alat pernafasan serba lengkap permintaan tekanan, MSHA/NIOSH (diluluskan atau setara) dan pakaian perlindungan lengkap. Penguraian terma boleh mengakibatkan pelepasan gas dan wap yang merengsa. Bahagian 6: LANGKAH-LANGKAH PELEPASAN TIDAK SENGAJA Pengawasan diri, peralatan perlindungan dan prosedur kecemasan Gunakan kelengkapan pelindung diri seperti yang diperlukan. Pastikan alih udara yang sempurna. Jauhkan orang daripada tumpahan/bocoran dan pastikan mereka berada di bahagian hadap angin tumpahan/bocoran. Pindahkan kakitangan ke kawasan selamat. Keluarkan semua sumber pencucuhan. Ambil langkah berjaga-jaga terhadap buangan statik. Langkah melindungi alam sekitar Tidak sepatutnya dibebaskan ke persekitaran. Cara dan bahan untuk Pembendungan dan Pembersihan Serap dengan bahan menyerap lengai. Simpan di dalam bekas yang tertutup dan sesuai untuk pelupusan. Keluarkan semua sumber pencucuhan. Rujukan kepada seksyen lain Sila rujuk langkah-langkah perlindungan yang tersenarai dalam Seksyen 8 dan 13. Bahagian 7: PENGENDALIAN DAN STORAN Langkah Berjaga-jaga untuk Pengendalian Selamat Pakai peralatan perlindungan peribadi/perlindungan muka. Jangan biarkan terkena mata, kulit atau pakaian. Uruskan di bawah gas lengai, lindungi daripada kelembapan. Jangan sedut kabus/wap/semburan. Jangan telan. Jika tertelan dapatkan bantuan perubatan dengan serta-merta. Jauhkan daripada nyalaan terbuka, permukaan panas dan sumber pencucuhan. Keadaan bagi penyimpanan yang selamat, termasuklah apa-apa ketidakserasian Tutup rapat bekas dan simpan di tempat yang kering, dingin dan mempunyai aliran udara yang baik. Jauhkan daripada haba, percikan api dan nyalaan. Simpan di dalam nitrogen. Disimpan di bawah atmosfera lengai. Sensitif terhadap udara. Kegunaan akhir khusus Penggunaan dalam makmal. Bahagian 8: KAWALAN PENDEDAHAN/PERLINDUNGAN PERIBADI Parameter Kawalan Komponen Malaysia TLV ACGIH OSHA PEL Dimethyl acetamide TWA: 10 ppm (Vacated) TWA: 10 ppm Skin (Vacated) TWA: 35 mg/m3 Skin TWA: 10 ppm TWA: 35 mg/m3 Komponen Kesatuan Eropah United Kingdom Jerman Dimethyl acetamide TWA: 10 ppm (8h) STEL: 20 ppm 15 min TWA: 5 ppm (8 Stunden). AGW - TWA: 36 mg/m3 (8h) STEL: 72 mg/m3 15 min exposure factor 2 STEL: 20 ppm (15min) TWA: 10 ppm 8 hr TWA: 18 mg/m3 (8 Stunden). AGW - STEL: 72 mg/m3 (15min) TWA: 36 mg/m3 8 hr exposure factor 2 Skin TWA: 5 ppm (8 Stunden). MAK TWA: 18 mg/m3 (8 Stunden). MAK Höhepunkt: 10 ppm STEL: 72 mg/m3 (8h) Höhepunkt: 36 mg/m3 STEL: 20 ppm (8h) Haut Kawalan-kawalan pendedahan Langkah-langkah Kejuruteraan Pastikan pengalihudaraan mencukupi, terutama sekali di dalam kawasan terkurung. Guna kelengkapan elektrik/pengudaraan/pencahayaan yang kalis letupan. Stesen pencuci mata dan pancuran keselamatan hendaklah dipastikan dekat dengan lokasi tempat bekerja. Di mana mungkin, langkah-langkah kawalan kejuruteraan seperti pengasingan atau kurungan proses, pengenalan perubahan proses atau peralatan untuk mengurangkan pelepasan atau pendedahan, dan penggunaan sistem pengalihudaraan yang direka dengan baik, perlu diguna pakai untuk mengawal bahan-bahan berbahaya di puncanya