Description

Thermo Fisher Scientific Fisher Scientific (M) Sdn Bhd

SDS Library

Pindahkan perpustakaan LDK Anda ke online hari ini

Check Icon
Pengaturan – Pengaturan mudah dengan database kami yang berisi 16 juta+ LDK
Check Icon
Terkini – LDK Anda diperbarui ke versi terbaru.
Check Icon
Akses karyawan – Tablet, smartphone, atau tautan dari intranet perusahaan
Check Icon
Keamanan – Akses dengan satu klik ke informasi pertolongan pertama.
Check Icon
Label – Buat label wadah sekunder dengan satu klik.
GHS05
Peringkat risiko kesehatan 5
Peringkat risiko keselamatan 5
Peringkat risiko lingkungan 5

General Information

A. Nama produk

Description

1.3 Sinonim:

Caustic soda

Nomor Telepon Darurat 24 Jam

+(60)-327884561

Icons in SDS

GHS05 M004 M009 M010 M011 M017

Company Information

perusahaan

Thermo Fisher Scientific Fisher Scientific (M) Sdn Bhd

Alamat email

Enquiry.my@thermofisher.com

GHS Information

Kata sinyal

Bahaya

Section 2

Bagian ii - identifikasi risiko

Kenyataan Bahaya H290 - Boleh mengakis logam H314 - Menyebabkan lecuran kulit dan kerosakan mata yang teruk Kenyataan Awasan Pencegahan P234 - Pastikan bahan disimpan di dalam bekas asal P264 - Basuh muka, tangan dan mana-mana kulit yang terdedah dengan sebersih-bersihnya selepas mengendalikan bahan P271 - Gunakan hanya di luar bangunan atau di dalam kawasan yang dialihudarakan dengan baik P280 - Pakai sarung tangan pelindung / pakaian pelindung / perlindungan mata / perlindungan muka Tindak balas P301 + P330 + P331 - JIKA TERTELAN: berkumur. JANGAN paksa muntah P303 + P361 + P353 - JIKA TERKENA KULIT (atau rambut): Segera tanggalkan/buka semua pakaian yang tercemar. Basuh kulit dengan air atau pancuran air P304 + P340 - JIKA TERSEDUT: Pindahkan mangsa ke kawasan berudara segar dan pastikan mangsa selesa supaya dapat bernafas P305 + P351 + P338 - JIKA TERKENA MATA: Bilas berhati-hati dengan air selama beberapa minit. Tanggalkan kanta lekap, jika ada dan dapat dilakukan dengan mudah. Teruskan membilas P310 - Segera hubungi PUSAT RACUN atau doktor P363 - Basuh pakaian yang tercemar sebelum menggunakannya semula P390 - Serap tumpahan bagi mengelakkan kerosakan bahan Storan P402 - Simpan di tempat kering P403 + P233 - Simpan di tempat yang dialihudarakan dengan baik. Pastikan bekas ditutup dengan ketat P406 - Simpan dalam bekas polipropilena tahan kakisan dengan pelapik dalaman tahan Pelupusan P501 - Lupuskan kandungan/bekas ke kilang pembuangan sisa yang diluluskan Bahaya Lain Toksik kepada vertebra daratan Produk ini tidak mengandungi sebarang pengganggu endokrin yang diketahui atau disyaki Bahagian 3: KOMPOSISI/MAKLUMAT RAMUAN Komponen No. CAS Peratus berat NATRIUM HIDROKSIDA 1310-73-2 50 AIR 7732-18-5 50 Bahagian 4: LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS Perihalan langkah-langkah pertolongan cemas Nasihat Umum Tunjukkan helaian data keselamatan ini kepada doktor yang membuat rawatan. Perlukan perhatian perubatan segera. Terkena Mata Bilas dengan serta-merta menggunakan air yang banyak, juga di bawah kelopak mata, selama sekurang-kurangnya 15 minit. Perlukan perhatian perubatan segera. Terkena Kulit Cuci serta-merta dengan air yang banyak selama sekurang-kurangnya 15 minit. Tanggalkan dan basuh pakaian dan sarung tangan tercemar, termasuk bahagian dalamnya sebelum digunakan semula. Hubungi pakar perubatan dengan serta-merta. Pengingesan JANGAN paksa muntah. Bersihkan mulut dengan air. Jangan sekali-kali berikan apa-apa melalui mulut kepada orang yang pengsan. Hubungi pakar perubatan dengan serta-merta. Penyedutan Jika tidak bernafas, berikan pernafasan bantuan. Beranjak daripada pendedahan, baring. Jangan gunakan kaedah mulut ke mulut jika mangsa teringes atau tersedut bahan; berikan respirasi bantuan menggunakan topeng saku yang dilengkapkan dengan injap sehala atau peranti perubatan respirasi lain yang sewajarnya. Hubungi pakar perubatan dengan serta-merta. Perlindungan Sendiri Bagi Ahli Pastikan kakitangan perubatan mengetahui bahan yang terbabit, mengambil langkah Pertolongan Cemas berjaga-jaga untuk melindungi diri mereka dan mencegah tersebarnya kontaminasi. Simptom dan kesan paling penting, kedua-dua akut dan tertunda Menyebabkan luka terbakar dari semua laluan pendedahan. Produk adalah bahan mengakis. Penggunaan lavaj gastrik atau emesis tidak digalakkan. Penembusan perut atau esofagus mungkin berlaku dan perlu disiasat. Pengingesan menyebabkan bengkak teruk, kerosakan teruk pada tisu lembut dan bahaya tebukan. Petunjuk bagi keperluan perhatian perubatan segera dan rawatan khas Nota kepada Doktor Rawat mengikut simptom. Bahagian 5: LANGKAH MEMADAM KEBAKARAN Bahan memadamkan api Media Pemadaman Yang Sesuai Bahan adalah tidak mudah terbakar; gunakan agen yang paling sesuai untuk memadamkan api di sekitarnya. Karbon dioksida (CO 2), Bahan kimia kering, Pasir kering, Busa tahan alkohol. Media pemadaman yang tidak boleh digunakan atas sebab-sebab keselamatan Tiada maklumat yang tersedia. Bahaya khas daripada bahan atau campuran Penguraian terma boleh mengakibatkan pelepasan gas dan wap yang merengsa. Produk menyebabkan kelecuran mata, kulit dan membran mukus. Produk Pembakaran Berbahaya Oksida natrium. Nasihat untuk anggota bomba Pakai alat pernafasan serba lengkap permintaan tekanan, MSHA/NIOSH (diluluskan atau setara) dan pakaian perlindungan lengkap. Penguraian terma boleh mengakibatkan pelepasan gas dan wap yang merengsa. Bahagian 6: LANGKAH-LANGKAH PELEPASAN TIDAK SENGAJA Pengawasan diri, peralatan perlindungan dan prosedur kecemasan Pastikan alih udara yang sempurna. Gunakan kelengkapan pelindung diri seperti yang diperlukan. Pindahkan kakitangan ke kawasan selamat. Jauhkan orang daripada tumpahan/bocoran dan pastikan mereka berada di bahagian hadap angin tumpahan/bocoran. Langkah melindungi alam sekitar Tidak sepatutnya dibebaskan ke persekitaran. Jangan jirus ke air permukaan atau sistem kumbahan sanitari. Cara dan bahan untuk Pembendungan dan Pembersihan Serap dengan bahan menyerap lengai. Simpan di dalam bekas yang tertutup dan sesuai untuk pelupusan. Rujukan kepada seksyen lain Sila rujuk langkah-langkah perlindungan yang tersenarai dalam Seksyen 8 dan 13. Bahagian 7: PENGENDALIAN DAN STORAN Langkah Berjaga-jaga untuk Pengendalian Selamat Pakai peralatan perlindungan peribadi/perlindungan muka. Jangan biarkan terkena mata, kulit atau pakaian. Uruskan di bawah gas lengai, lindungi daripada kelembapan. Jangan sedut kabus/wap/semburan. Jangan telan. Jika tertelan dapatkan bantuan perubatan dengan serta-merta. Keadaan bagi penyimpanan yang selamat, termasuklah apa-apa ketidakserasian Tutup rapat bekas dan simpan di tempat yang kering, dingin dan mempunyai aliran udara yang baik. Melindung daripada kelembapan. Kegunaan akhir khusus Penggunaan dalam makmal. Bahagian 8: KAWALAN PENDEDAHAN/PERLINDUNGAN PERIBADI Parameter Kawalan Komponen NATRIUM HIDROKSIDA Malaysia TLV ACGIH OSHA PEL Ceiling 2 mg/m3 Ceiling 2 mg/m3 TWA: 2 mg/m3 Komponen NATRIUM HIDROKSIDA Kesatuan Eropah United Kingdom Jerman 2 mg/m3 STEL 2 mg/m3 TWA (inhalable fraction) Kawalan-kawalan pendedahan Langkah-langkah Kejuruteraan Uruskan di bawah gas lengai, lindungi daripada kelembapan. Pastikan pengalihudaraan mencukupi, terutama sekali di dalam kawasan terkurung. Stesen pencuci mata dan pancuran keselamatan hendaklah dipastikan dekat dengan lokasi tempat bekerja. Di mana mungkin, langkah-langkah kawalan kejuruteraan seperti pengasingan atau kurungan proses, pengenalan perubahan proses atau peralatan untuk mengurangkan pelepasan atau pendedahan, dan penggunaan sistem pengalihudaraan yang direka dengan baik, perlu diguna pakai untuk mengawal bahan-bahan berbahaya di puncanya

SDS Library

Pindahkan perpustakaan LDK Anda ke online hari ini

Check Icon
Pengaturan – Pengaturan mudah dengan database kami yang berisi 16 juta+ LDK
Check Icon
Terkini – LDK Anda diperbarui ke versi terbaru.
Check Icon
Akses karyawan – Tablet, smartphone, atau tautan dari intranet perusahaan
Check Icon
Keamanan – Akses dengan satu klik ke informasi pertolongan pertama.
Check Icon
Label – Buat label wadah sekunder dengan satu klik.