Catatan: Bahan tercantum dalam daftar bahan kimia terbatas
EC/CAS
7789-00-6
Nama bahan kimia
Potassium chromate
Konsentrasi
N/A
General Information
A. Nama produk
Description
1.3 Sinonim:
Chromate of potassium; Chromic acid, dipotassium salt; Neutral potassium chromate
nomor CAS
7789-00-6
Nomor Telepon Darurat 24 Jam
+(60)-327884561
Icons in SDS
Company Information
perusahaan
Thermo Fisher Scientific Fisher Scientific (M) Sdn Bhd
Alamat email
laboratorysolution@thermofisher.com
GHS Information
Kata sinyal
Bahaya
Section 2
Bagian ii - identifikasi risiko
Kenyataan Bahaya H315 - Menyebabkan kerengsaan kulit H317 - Boleh menyebabkan tindak balas alahan kulit H319 - Menyebabkan kerengsaan mata yang serius H335 - Boleh menyebabkan kerengsaan pernafasan H340 - Boleh menyebabkan kecacatan genetik H350i - Boleh menyebabkan kanser melalui penyedutan H410 - Sangat toksik kepada hidupan akuatik dengan kesan kekal berpanjangan Kenyataan Awasan Pencegahan P264 - Basuh muka, tangan dan mana-mana kulit yang terdedah dengan sebersih-bersihnya selepas mengendalikan bahan P271 - Gunakan hanya di luar bangunan atau di dalam kawasan yang dialihudarakan dengan baik P272 - Pakaian kerja yang tercemar tidak boleh dibawa keluar dari tempat kerja P201 - Dapatkan arahan khas sebelum menggunakan produk P202 - Jangan kendalikan bahan sehingga semua langkah berjaga-jaga keselamatan telah dibaca dan difahami P280 - Pakai sarung tangan pelindung / pakaian pelindung / perlindungan mata / perlindungan muka Tindak balas P302 + P352 - JIKA TERKENA KULIT: Basuh dengan sabun dan air yang banyak P308 + P313 - JIKA terdedah atau terkena bahan: Dapatkan nasihat/rawatan perubatan P304 + P340 - JIKA TERSEDUT: Pindahkan mangsa ke kawasan berudara segar dan pastikan mangsa selesa supaya dapat bernafas P305 + P351 + P338 - JIKA TERKENA MATA: Bilas berhati-hati dengan air selama beberapa minit. Tanggalkan kanta lekap, jika ada dan dapat dilakukan dengan mudah. Teruskan membilas P362 + P364 - Tanggalkan pakaian yang terkontaminasi dan basuh sebelum dipakai semula Storan P403 + P233 - Simpan di tempat yang dialihudarakan dengan baik. Pastikan bekas ditutup dengan ketat Pelupusan P501 - Lupuskan kandungan/bekas ke kilang pembuangan sisa yang diluluskan Bahaya Lain Produk ini tidak mengandungi sebarang pengganggu endokrin yang diketahui atau disyaki Bahagian 3: KOMPOSISI/MAKLUMAT RAMUAN Komponen No. CAS Peratus berat KALIUM KROMAT 7789-00-6 >95 Bahagian 4: LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS Perihalan langkah-langkah pertolongan cemas Nasihat Umum Tunjukkan helaian data keselamatan ini kepada doktor yang membuat rawatan. Perlukan perhatian perubatan segera. Terkena Mata Bilas dengan serta-merta menggunakan air yang banyak, juga di bawah kelopak mata, selama sekurang-kurangnya 15 minit. Jika terkena mata, basuh serta-merta dengan air yang banyak dan dapatkan nasihat perubatan. Terkena Kulit Cuci serta-merta dengan air yang banyak selama sekurang-kurangnya 15 minit. Perlukan perhatian perubatan segera. Pengingesan JANGAN paksa muntah. Hubungi pakar perubatan atau pusat kawalan racun dengan serta-merta. Penyedutan Beralih ke tempat berudara segar. Jika tidak bernafas, berikan pernafasan bantuan. Jangan gunakan kaedah mulut ke mulut jika mangsa teringes atau tersedut bahan; berikan respirasi bantuan menggunakan topeng saku yang dilengkapkan dengan injap sehala atau peranti perubatan respirasi lain yang sewajarnya. Perlukan perhatian perubatan segera. Perlindungan Sendiri Bagi Ahli Pastikan kakitangan perubatan mengetahui bahan yang terbabit, mengambil langkah Pertolongan Cemas berjaga-jaga untuk melindungi diri mereka dan mencegah tersebarnya kontaminasi. Simptom dan kesan paling penting, kedua-dua akut dan tertunda Tiada yang diramalkan sewajarnya. Boleh menyebabkan tindak balas alergi kepada kulit. Tanda-tanda tindak balas alahan mungkin termasuk ruam, gatal-gatal, bengkak, masalah pernafasan, kesemutan tangan dan kaki, pening, kepala, sakit dada, sakit otot atau kemerahan. Petunjuk bagi keperluan perhatian perubatan segera dan rawatan khas Nota kepada Doktor Rawat mengikut simptom. Bahagian 5: LANGKAH MEMADAM KEBAKARAN Bahan memadamkan api Media Pemadaman Yang Sesuai Semburan air, karbon dioksida (CO2), kimia kering, busa alkohol. Media pemadaman yang tidak boleh digunakan atas sebab-sebab keselamatan Tiada maklumat yang tersedia. Bahaya khas daripada bahan atau campuran Boleh mencucuh bahan boleh bakar (kayu, kertas, minyak, pakaian, dsb.). Jangan biarkan limpahan air memadam kebakaran memasuki longkang atau aliran air. Produk Pembakaran Berbahaya Kalium oksida, oksida kromium. Nasihat untuk anggota bomba Pakai alat pernafasan serba lengkap permintaan tekanan, MSHA/NIOSH (diluluskan atau setara) dan pakaian perlindungan lengkap. Penguraian terma boleh mengakibatkan pelepasan gas dan wap yang merengsa. Bahagian 6: LANGKAH-LANGKAH PELEPASAN TIDAK SENGAJA Pengawasan diri, peralatan perlindungan dan prosedur kecemasan Gunakan kelengkapan pelindung diri seperti yang diperlukan. Pastikan alih udara yang sempurna. Halang pembentukan debu. Jauhkan orang daripada tumpahan/bocoran dan pastikan mereka berada di bahagian hadap angin tumpahan/bocoran. Pindahkan kakitangan ke kawasan selamat. Langkah melindungi alam sekitar Jangan jirus ke air permukaan atau sistem kumbahan sanitari. Jangan biarkan bahan mencemar sistem air dalam tanah. Halang produk daripada memasuki longkang. Pihak berkuasa tempatan perlu dimaklumkan jika tumpahan yang banyak tidak boleh dibendung. Tidak sepatutnya dibebaskan ke persekitaran. Cara dan bahan untuk Pembendungan dan Pembersihan Sapu dan kaut ke dalam bekas untuk dilupuskan. Halang pembentukan debu. Rujukan kepada seksyen lain Sila rujuk langkah-langkah perlindungan yang tersenarai dalam Seksyen 8 dan 13. Bahagian 7: PENGENDALIAN DAN STORAN Langkah Berjaga-jaga untuk Pengendalian Selamat Pakai peralatan perlindungan peribadi/perlindungan muka. Halang pembentukan debu. Jangan biarkan terkena mata, kulit atau pakaian. Uruskan di bawah gas lengai, lindungi daripada kelembapan. Jangan menyedut (debu, wasap, kabus, gas). Jangan telan. Jika tertelan dapatkan bantuan perubatan dengan serta-merta. Keadaan bagi penyimpanan yang selamat, termasuklah apa-apa ketidakserasian Tutup rapat bekas dan simpan di tempat yang kering, dingin dan mempunyai aliran udara yang baik. Jangan simpan berhampiran dengan bahan mudah bakar. Kegunaan akhir khusus Penggunaan dalam makmal. Bahagian 8: KAWALAN PENDEDAHAN/PERLINDUNGAN PERIBADI Parameter Kawalan Komponen KALIUM KROMAT Malaysia TLV ACGIH OSHA PEL TWA 0.0002 mg/m3 (Vacated) Ceiling 0.1 mg/m3 STEL 0.0005 mg/m3 Ceiling 0.1 mg/m3 Skin Komponen KALIUM KROMAT Kesatuan Eropah United Kingdom Jerman STEL: 0.03 mg/m3 15 min Haut STEL: 0.065 mg/m3 15 min TWA: 0.01 mg/m3 8 hr TWA: 0.025 mg/m3 8 hr Carc. as Cr Resp. Sens. Kawalan-kawalan pendedahan Langkah-langkah Kejuruteraan Uruskan di bawah gas lengai, lindungi daripada kelembapan. Stesen pencuci mata dan pancuran keselamatan hendaklah dipastikan dekat dengan lokasi tempat bekerja. Di mana mungkin, langkah-langkah kawalan kejuruteraan seperti pengasingan atau kurungan proses, pengenalan perubahan proses atau peralatan untuk mengurangkan pelepasan atau pendedahan, dan penggunaan sistem pengalihudaraan yang direka dengan baik, perlu diguna pakai untuk mengawal bahan-bahan berbahaya di puncanya