General Information
A. Nama produk
Description
1.3 Sinonim:
Nitric Acid, Zinc Salt, Hexahydrate
nomor CAS
10196-18-6
Nomor Telepon Darurat 24 Jam
+(60)-327884561
Icons in SDS
Company Information
perusahaan
Thermo Fisher Scientific Fisher Scientific (M) Sdn Bhd
Alamat email
laboratorysolution@thermofisher.com
GHS Information
Kata sinyal
Bahaya
Section 2
Bagian ii - identifikasi risiko
Kenyataan Bahaya H272 - Boleh memarakkan kebakaran; pengoksida H302 - Memudaratkan jika tertelan H315 - Menyebabkan kerengsaan kulit H318 - Menyebabkan kerosakan mata yang serius H335 - Boleh menyebabkan kerengsaan pernafasan H400 - Sangat toksik kepada hidupan akuatik H411 - Toksik kepada hidupan akuatik dengan kesan kekal berpanjangan Kenyataan Awasan Pencegahan P210 - Jauhkan daripada haba, permukaan panas, percikan api, nyalaan terbuka dan sumber pencucuhan yang lain. Dilarang merokok P220 - Jauhkan daripada pakaian dan bahan boleh bakar yang lain P221 - Ambil apa-apa langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan bercampur dengan bahan boleh bakar P261 - Elakkan daripada tersedut habuk/wasap/gas/kabus/wap/semburan P264 - Basuh muka, tangan dan mana-mana kulit yang terdedah dengan sebersih-bersihnya selepas mengendalikan bahan P270 - Jangan makan, minum atau merokok semasa menggunakan produk ini P271 - Gunakan hanya di luar bangunan atau di dalam kawasan yang dialihudarakan dengan baik P280 - Pakai sarung tangan pelindung / pakaian pelindung / perlindungan mata / perlindungan muka Tindak balas P302 + P352 - JIKA TERKENA KULIT: Basuh dengan sabun dan air yang banyak P304 + P340 - JIKA TERSEDUT: Pindahkan mangsa ke kawasan berudara segar dan pastikan mangsa selesa supaya dapat bernafas P305 + P351 + P338 - JIKA TERKENA MATA: Bilas berhati-hati dengan air selama beberapa minit. Tanggalkan kanta lekap, jika ada dan dapat dilakukan dengan mudah. Teruskan membilas P310 - Segera hubungi PUSAT RACUN atau doktor P330 - Berkumur P362 + P364 - Tanggalkan pakaian yang terkontaminasi dan basuh sebelum dipakai semula P370 + P378 - Jika berlaku kebakaran: Gunakan pasir kering, bahan kimia kering atau busa tahan alkohol untuk memadamkan kebakaran Storan P403 + P233 - Simpan di tempat yang dialihudarakan dengan baik. Pastikan bekas ditutup dengan ketat Pelupusan P501 - Lupuskan kandungan/bekas ke kilang pembuangan sisa yang diluluskan Bahaya Lain Toksik kepada vertebra daratan Produk ini tidak mengandungi sebarang pengganggu endokrin yang diketahui atau disyaki Bahagian 3: KOMPOSISI/MAKLUMAT RAMUAN Komponen No. CAS Peratus berat ZINK NITRAT HEKSAHIDRAT 10196-18-6 <=100 Zink Nitrat 7779-88-6 - Bahagian 4: LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS Perihalan langkah-langkah pertolongan cemas Nasihat Umum Jika simptom berterusan, hubungi pakar perubatan. Terkena Mata Bilas dengan serta-merta menggunakan air yang banyak, juga di bawah kelopak mata, selama sekurang-kurangnya 15 minit. Dapatkan perhatian perubatan. Terkena Kulit Cuci serta-merta dengan air yang banyak selama sekurang-kurangnya 15 minit. Jika kerengsaan kulit berterusan, hubungi pakar perubatan. Pengingesan Cuci mulut dengan air dan minum banyak air selepas itu. Dapatkan perhatian perubatan jika berlaku simptom. Penyedutan Beralih ke tempat berudara segar. Jika tidak bernafas, berikan pernafasan bantuan. Dapatkan perhatian perubatan jika berlaku simptom. Perlindungan Sendiri Bagi Ahli Pastikan kakitangan perubatan mengetahui bahan yang terbabit, mengambil langkah Pertolongan Cemas berjaga-jaga untuk melindungi diri mereka dan mencegah tersebarnya kontaminasi. Simptom dan kesan paling penting, kedua-dua akut dan tertunda Tiada yang diramalkan sewajarnya. Menyebabkan kerosakan mata yang teruk. Petunjuk bagi keperluan perhatian perubatan segera dan rawatan khas Nota kepada Doktor Rawat mengikut simptom. Bahagian 5: LANGKAH MEMADAM KEBAKARAN Bahan memadamkan api Media Pemadaman Yang Sesuai Gunakan langkah pemadaman yang sesuai untuk keadaan setempat dan persekitaran sekeliling. Media pemadaman yang tidak boleh digunakan atas sebab-sebab keselamatan Tiada maklumat yang tersedia. Bahaya khas daripada bahan atau campuran Boleh mencucuh bahan boleh bakar (kayu, kertas, minyak, pakaian, dsb.). Pengoksida: Sentuhan dengan bahan mudah terbakar / organik boleh menyebabkan kebakaran. Jangan biarkan limpahan air memadam kebakaran memasuki longkang atau aliran air. Produk Pembakaran Berbahaya Nitrogen oksida (NOx). Nasihat untuk anggota bomba Pakai alat pernafasan serba lengkap permintaan tekanan, MSHA/NIOSH (diluluskan atau setara) dan pakaian perlindungan lengkap. Bahagian 6: LANGKAH-LANGKAH PELEPASAN TIDAK SENGAJA Pengawasan diri, peralatan perlindungan dan prosedur kecemasan Pastikan alih udara yang sempurna. Gunakan kelengkapan pelindung diri seperti yang diperlukan. Halang pembentukan debu. Langkah melindungi alam sekitar Jangan jirus ke air permukaan atau sistem kumbahan sanitari. Jangan biarkan bahan mencemar sistem air dalam tanah. Halang produk daripada memasuki longkang. Pihak berkuasa tempatan perlu dimaklumkan jika tumpahan yang banyak tidak boleh dibendung. Cara dan bahan untuk Pembendungan dan Pembersihan Sapu dan kaut ke dalam bekas untuk dilupuskan. Simpan di dalam bekas yang tertutup dan sesuai untuk pelupusan. Serap dengan bahan menyerap lengai. Sapu dan kaut ke dalam bekas untuk dilupuskan. Rujukan kepada seksyen lain Sila rujuk langkah-langkah perlindungan yang tersenarai dalam Seksyen 8 dan 13. Bahagian 7: PENGENDALIAN DAN STORAN Langkah Berjaga-jaga untuk Pengendalian Selamat Pakai peralatan perlindungan peribadi/perlindungan muka. Pastikan alih udara yang sempurna. Jangan biarkan terkena mata, kulit atau pakaian. Elakkan penelanan dan penyedutan. Halang pembentukan debu. Jauhkan daripada pakaian dan bahan boleh bakar yang lain. Keadaan bagi penyimpanan yang selamat, termasuklah apa-apa ketidakserasian Tutup rapat bekas dan simpan di tempat yang kering, dingin dan mempunyai aliran udara yang baik. Jangan simpan berhampiran dengan bahan mudah bakar. Disimpan di bawah atmosfera lengai. Sensitif terhadap udara. Kegunaan akhir khusus Penggunaan dalam makmal. Bahagian 8: KAWALAN PENDEDAHAN/PERLINDUNGAN PERIBADI Parameter Kawalan Komponen ZINK NITRAT HEKSAHIDRAT Kesatuan Eropah United Kingdom Jerman TWA: 0.1 mg/m3 (8 Stunden). MAK TWA: 2 mg/m3 (8 Stunden). MAK Höhepunkt: 0.4 mg/m3 Höhepunkt: 4 mg/m3 Zink Nitrat TWA: 0.1 mg/m3 (8 Stunden). MAK TWA: 2 mg/m3 (8 Stunden). MAK Höhepunkt: 0.4 mg/m3 Höhepunkt: 4 mg/m3 Kawalan-kawalan pendedahan Langkah-langkah Kejuruteraan Stesen pencuci mata dan pancuran keselamatan hendaklah dipastikan dekat dengan lokasi tempat bekerja. Pastikan pengalihudaraan mencukupi, terutama sekali di dalam kawasan terkurung. Di mana mungkin, langkah-langkah kawalan kejuruteraan seperti pengasingan atau kurungan proses, pengenalan perubahan proses atau peralatan untuk mengurangkan pelepasan atau pendedahan, dan penggunaan sistem pengalihudaraan yang direka dengan baik, perlu diguna pakai untuk mengawal bahan-bahan berbahaya di puncanya