General Information
Revisi tanggal
2021-05-21
A. Nama produk
PW2 POWERCLEAN II SOLVENT; POWERCLEAN ELECTRONIC CLEANER
Icons in SDS
Company Information
perusahaan
MICROCARE ASIA PTE LTD
Alamat email
techsupport@microcare.sg, techsupport@microcare.com
GHS Information
Kata sinyal
Bahaya
Hazard Codes
Pernyataan bahaya (CLP)
H225, H319, H332, H336, H412
Pernyataan bahaya
Kode
Pernyataan
H225
Highly Flammable liquid and vapour
Section 2
Piktogram bahaya
Kata isyarat Amaran
Pernyataan bahaya
H332 Memudaratkan jika tersedut. H319 Menyebabkan kerengsaan mata yang serius. H336 Boleh menyebabkan mengantuk atau kepeningan. H412 Memudaratkan kepada hidupan akuatik dengan kesan kekal berpanjangan. Pernyataan berjaga-jaga P261 Elakkan daripada tersedut wap/ semburan. P271 Gunakan hanya di luar bangunan atau di dalam kawasan yang dialihudarakan dengan baik. P273 Elakkan pelepasan bahan ke persekitaran. P312 Hubungi PUSAT RACUN/ doktor jika anda rasa tidak sihat. P501 Lupuskan kandungan/ bekas menurut peraturan kebangsaan. Maklumat label tambahan EUH210 Helaian data keselamatan disediakan atas permintaan. RCH001a Diggunakan untuk pemasangan industri sahaja.
Mengandung
trans-1,2-DICHLOROETHYLENE
2.3 Bahaya lain
Produk ini tidak mengandungi bahan yang dikelaskan sebagai PBT (persisten, berterkumpul, dan toksik) atau vPvB (sangat persisten dan sangat bioterkumpul). BAHAGIAN 3: komposisi dan maklumat mengenai ramuan bahan kimia berbahaya Campuran trans-1,2-DICHLOROETHYLENE 60-100% Nombor CAS: 156-60-5 Pengelasan Cec. M. Bkr 2 - H225 Toks. Akut 4 - H332 Kreng. Mata 2 - H319 STOT SE 3 - H336 Akuatik Kronik 3 - H412 1,1,1,2,2,3,4,5,5,5-decafluoropentane 10-30% Nombor CAS: 138495-42-8 Pengelasan Akuatik Kronik 3 - H412 Teks penuh untuk penyataan bahaya adalah ditunjukkan di Seksyen 16. Ulasan komposisi Peratusan sebenar (konsentrasi) komposisi telah ditahan sebagai rahsia perdagangan mengikut perenggan (i) CFR 1900.1200 Composition BAHAGIAN 4: Langkah-langkah pertolongan cemas Perihalan langkah-langkah pertolongan cemas Maklumat umum Jangan beri apa-apa melalui mulut kepada orang yang tidak sedar diri. Jangan paksa muntah. Place unconscious person on the side in the recovery position and ensure breathing can take place. Jika henti bernafas, bekalkan pernafasan bantuan. Penyedutan Pindahkan mangsa ke kawasan berudara segar dan biarkan mangsa dalam keadaan rehat supaya mangsa dapat bernafas dengan selesa. Jika susah bernafas, orang yang dilatih boleh membantu mangsa dengan membekalkan oksigen. Dapatkan rawatan perubatan jika ketidakselesaan berterusan. Pengingesan Jangan paksa muntah. Membilas mulut betul-betul dengan air. Beri banyak air untuk diminum. Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan. Sentuhan kulit Tanggalkan pakaian tercemar segera dan basuh kulit dengan menggunakan air. Sentuhan mata Immediately flush with plenty of water for up to 15 minutes. Remove any contact lenses and open eyelids widely. If irritation persists: Seek medical attention and bring along these instructions. Gejala dan kesan akut dan tertangguh yang paling penting Maklumat umum Kemudaratan gejala yang diterangkan akan bergantung kepada kepekatan dan tempoh pendedahan. Penyedutan Memudaratkan jika tersedut. Pendedahan tunggal boleh menyebabkan kesan buruk berikut: Sakit kepala. Loya, muntah. Gangguan sistem saraf pusat. Mengantuk, pening, disorientasi, gayat. Kesan narkotik. Pengingesan Boleh menyebabkan sakit perut dan muntah. Kesesakan peparu mungkin berlaku, menyebabkan sesak nafas. Wasap daripada perut boleh tersedut, menyebabkan gejala yang sama seperti penyedutan. Sentuhan kulit Pendedahan kepada kulit yang berpanjangan atau berulang boleh menyebabkan kerengsaan, kemerahan dan dermatitis. Sentuhan mata Boleh menyebabkan kerengsaan mata. Kerengsaan dan kemerahan, diikuti dengan penglihatan terkabur. Mata berair. Petunjuk bagi keperluan perhatian perubatan segera dan rawatan khas Nota untuk doktor Tiada nasihat yang khusus. Jika ragui, dapatkan rawatan perubatan segera. BAHAGIAN 5: Langkah-langkah pemadaman kebakaran Bahan memadamkan api Bahan memadamkan api yang Memadam dengan menggunakan buih rintangan-alkohol, karbon dioksida, serbuk kering atau sesuai kabus air. Bahan memadamkan api yang Jangan gunakan pancutan air sebagai pemadam aoi, ini akan memarakkan api. tidak sesuai Bahaya khas daripada bahan atau campuran Bahaya khusus Produk tersebut adalah amat mudah terbakar. Jauhi daripada haba, percikan dan nyalaan terbuka. Wap adalah lebih berat daripada udara dan boleh merebak atas permukaan dan bergerak dalam jarak tertentu kepada sumber pencucuhan dan nyala balik. Wap boleh membentuk bahan letup dengan kehadiran udara. Closed containers can burst violently when heated, due to excess pressure build-up. Penguraian terma atau pembakaran produk boleh merangkumi bahan berikut: Gas atau wap yang memudaratkan. Nasihat kepada petugas pemadam kebakaran Tindakan perlindungan Kosongkan kawasan. Mengalih udara di kawasan tertutup sebelum memasuki kawasan semasa memadamkan tersebut. Kekalkan kedudukan pada arah mengikut angin untuk menggelakkan penyedutan kebakaran gas, wap, wasap dan asap. Sejukkan bekas yang terdedah kepada haba dengan semburan air dan alihkannya daripada kawasan kebakaran jika ini boleh dilakukan tanpa risiko. Jika bocoran dan tumpahan tidak terbakar, gunakan semburan air untuk menyelerakkan wap dan melindungi orang yang menghentikan kebocoran. Mengawal air larian dengan membendung dan menjauhi pembentung dan saluran air. Jika risiko pencemaran air berlaku, maklumkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Alat perlindungan khas untuk Pakai peralatan pernafasan serba lengkap (SCBA) positif dan pakaian perlindungan yang petugas pemadam kebakaran sesuai. Pakaian pemadam kebakaran akan menyediakan perlindungan asas kepada kemalangan kimia. BAHAGIAN 6: Langkah-langkah pelepasan tidak sengaja Perlindungan diri, kelengkapan pelindung dan tatacara kecemasan Perlindungan diri Kosongkan kawasan. Tindakan tidak harus diambil tanpa melalui lathian yang sesuai atau melibatkan risiko peribadi. Elakkan terkena mata dan pendedahan kulit berpanjangan. Pakai pakaian perlindugan seperti dinyatakan dalam Seksyen 8 dalam helaian data keselamatan. Jangan sentuh atau jalan di atas bahan tertumpah. Elakkan tersedut wap. Membekalkan pengalihan udara yang mencukupi. Dilarang merokok, tiada percikan, nyalaan atau sumber pencucuhan yang lain menghampiri tumpahan. Langkah melindungi alam sekitar Perlindungan alam sekitar Mengandungi tumpahan dengan pasir, tanah dan bahan tidak boleh terbakar yang lain. Elakkan daripada melepaskan diri ke alam sekitar. Kaedah dan bahan untuk pembendungan dan pembersihan Kaedah pembersihan Pakai pakaian perlindugan seperti dinyatakan dalam Seksyen 8 dalam helaian data keselamatan. Dilarang merokok, tiada percikan, nyalaan atau sumber pencucuhan yang lain menghampiri tumpahan. Menahan dan menyerap tumpahan dengan pasir, tanah atau bahan tidak boleh terbakar yang lain. Bersihkan tumpahan segera dan lupuskan sisa secara selamat. Jangan benarkan bahan masuk ruangan terbatas, disebabkan oleh risiko letupan. Jangan lepaskan ke dalam longkang atau saluran air atau atas tanah. Melupuskan sisa di tapak pelupusan sisa berlesen menurut kekendak Pihak Berkuasa Pelupusan Sisa tempatan. Merujuk kepada bahagian lain Merujuk kepada bahagian lain Untuk perlindungan diri, lihat Seksyen 8. Lihat Seksyen 11 untuk maklumat tambahan bahaya kesihatan. BAHAGIAN 7: Pengendalian dan penyimpanan Langkah berjaga-jaga untuk pengendalian selamat Penggunaan berjaga-jaga Elakkan tersedut wap/semburan dan pendedahan kepada kulit dan mata. Membekalkan pengalihan udara yang mencukupi. Pakai pakaian perlindugan seperti dinyatakan dalam Seksyen 8 dalam helaian data keselamatan. Produk tersebut adalah amat mudah terbakar. Jauhi daripada haba, permukaan panas, percikan, nyalaan terbuka dan sumber pencucuhan yang lain. Dilarang merokok. Pastikan bekas ditutup kedap apabila tidak digunaka. Jangan pakai semula bekas kosong. Keadaan penyimpanan selamat, termasuk apa-apa ketidakserasian Penyimpanan berjaga-jaga Simpan di dalam bekas asal yang ditutup rapat dan diletakkan di tempat yang kering, sejuk dan mempunyai pengalihan udara yang baik. Jauhi daripada bahan mengoksida, haba dan nyalaan.