General Information
Revisi tanggal
2021-05-21
A. Nama produk
MLC - MULTICLEAN SOLVENT
Icons in SDS
Company Information
perusahaan
MICROCARE ASIA PTE LTD
Alamat email
techsupport@microcare.com
GHS Information
Kata sinyal
Bahaya
Hazard Codes
Pernyataan bahaya (CLP)
H225, H319, H336
Pernyataan bahaya
Kode
Pernyataan
H225
Highly Flammable liquid and vapour
Section 2
Piktogram bahaya
Kata isyarat
Pernyataan bahaya
H225 Cecair dan wap amat mudah terbakar. H319 Menyebabkan kerengsaan mata yang serius. H336 Boleh menyebabkan mengantuk atau kepeningan. Pernyataan berjaga-jaga P210 Jauhkan daripada haba, permukaan panas, percikan api, nyalaan terbuka dan punca pencucuhan yang lain. Dilarang merokok. P240 Bumikan/ ikat bekas dan kelengkapan terimaan. P241 Gunakan kelengkapan elektrik yang tahan letupan. P242 Gunakan hanya alat yang tidak mengeluarkan percikan api. P243 Ambil langkah berjaga-jaga terhadap nyahcas statik. P261 Elakkan daripada tersedut wap/ semburan. P280 Pakai sarung tangan pelindung/ pakaian pelindung/perlindungan mata/ perlindungan muka. P305+P351+P338 JIKA TERKENA MATA: Bilas berhati-hati dengan air selama beberapa minit. Tanggalkan kanta lekap, jika ada dan dapat dilakukan dengan mudah. Teruskan membilas. P337+P313 Jika kerengsaan mata berterusan: Dapatkan nasihat/ rawatan perubatan. P370+P378 Jika berlaku kebakaran: Gunakan buih, karbon dioksida, serbuk kering atau kabus air untuk memadamkan kebakaran. P314 Dapatkan nasihat/ rawatan perubatan jika anda rasa tidak sihat. P403+P233 Simpan di tempat yang dialihudarakan dengan baik. Pastikan bekas ditutup dengan ketat. P501 Lupuskan kandungan/ bekas menurut peraturan kebangsaan. Maklumat label tambahan EUH210 Lembaran data keselamatan disediakan atas permintaan. RCH001a Untuk digunakan dalam pemasangan perindustrian sahaja.
Mengandung
PROPAN-2-OL Pernyataan berjaga-jaga P264 Basuh kulit yang tercemar sebersih-bersihnya selepas mengendalikan bahan. tambahan P271 Gunakan hanya di luar bangunan atau di dalam kawasan yang dialihudarakan dengan baik. P303+P361+P353 JIKA TERKENA KULIT (atau rambut): Segera tanggalkan/ buka semua pakaian yang tercemar. Basuh kulit dengan air/ pancuran air. P304+P340 JIKA TERSEDUT: Pindahkan mangsa ke kawasan berudara segar dan biarkan mangsa dalam keadaan rehat supaya mangsa dapat bernafas dengan selesa. P312 Hubungi PUSAT RACUN/ doktor jika anda rasa tidak sihat. P403+P235 Simpan di tempat yang dialihudarakan dengan baik. Simpan di tempat sejuk. P405 Simpan di tempat berkunci.
2.3 Bahaya lain
Produk ini tidak mengandungi bahan yang dikelaskan sebagai PBT (persisten, berterkumpul, dan toksik) atau vPvB (sangat persisten dan sangat bioterkumpul). BAHAGIAN 3: komposisi dan maklumat mengenai ramuan bahan kimia berbahaya Campuran PROPAN-2-OL 70% Nombor CAS: 67-63-0 Pengelasan Cec. M. Bkr 2 - H225 Kreng. Mata 2 - H319 STOT SE 3 - H336 D.I. WATER 30% Nombor CAS: 7732-18-5 Pengelasan Tidak terkelas. Teks penuh untuk penyataan bahaya adalah ditunjukkan di Seksyen 16. Ulasan komposisi Peratusan sebenar (konsentrasi) komposisi telah ditahan sebagai rahsia perdagangan mengikut perenggan (i) CFR 1900.1200 Composition BAHAGIAN 4: Langkah-langkah pertolongan cemas Perihalan langkah-langkah pertolongan cemas Maklumat umum Dapatkan rawatan perubatan jika ketidakselesaan berterusan. Tunjukkan Helaian Data Keselamatan kepada pegawai perubatan. Penyedutan Pindahkan mangsa ke kawasan berudara segar dan biarkan mangsa dalam keadaan rehat supaya mangsa dapat bernafas dengan selesa. Mengekalkan salur udara terbuka. Longgarkan pakaian yang ketat seperti kolar, tali leher dan tali pinggang. Jika susah bernafas, orang yang dilatih boleh membantu mangsa dengan membekalkan oksigen. Dapatkan rawatan perubatan. Letakkan orang yang tidak sedar diri pada kedudukan pemulihan dan pastikan dia dapat bernafas. Pengingesan Membilas mulut betul-betul dengan air. Beri beberapa gelas kecil air atau susu untuk diminum. Henti jika mangsa berasa sakit kerana muntah adalah berbahaya. Jangan beri apa- apa melalui mulut kepada orang yang tidak sedar diri. Letakkan orang yang tidak sedar diri pada kedudukan pemulihan dan pastikan dia dapat bernafas. Meletakkan mangsa di bawah pemerhatian. Dapatkan rawatan perubatan jika gejala menjadi teruk atau berkekalan. Sentuhan kulit Membilas dengan air. Sentuhan mata Membilas dengan air. Jangan menggosok kawasan terlibat. Tanggalkan sebarang kanta sentuh dan buka kelopak mata dengan besar. Dapatkan rawatan perubatan jika ketidakselesaan berterusan. Perlindungan bagi petugas Pegawai pertolongan cemas harus memakai peralatan perlindungan yang sesuai semasa pertolongan cemas operasi penyelamatan. Gejala dan kesan akut dan tertangguh yang paling penting Maklumat umum Kemudaratan gejala yang diterangkan akan bergantung kepada kepekatan dan tempoh pendedahan. Penyedutan Pendedahan tunggal boleh menyebabkan kesan buruk berikut: Sakit kepala. Loya, muntah. Gangguan sistem saraf pusat. Mengantuk, pening, disorientasi, gayat. Kesan narkotik. Pengingesan Gejala khusus tidak diketahui. Sentuhan kulit Gejala khusus tidak diketahui. Sentuhan mata Merengsakan mata. Petunjuk bagi keperluan perhatian perubatan segera dan rawatan khas Nota untuk doktor Rawat berdasarkan gejala. BAHAGIAN 5: Langkah-langkah pemadaman kebakaran Bahan memadamkan api Bahan memadamkan api yang Produk ini adalah mudah terbakar. Memadam dengan menggunakan buih rintangan-alkohol, sesuai karbon dioksida, serbuk kering atau kabus air. Gunakan media pemadam api yang sesuai dengan kebakaran sekeliling. Bahan memadamkan api yang Jangan gunakan pancutan air sebagai pemadam aoi, ini akan memarakkan api. tidak sesuai Bahaya khas daripada bahan atau campuran Bahaya khusus Bekas boleh meletup dengan cergas atau meletup apabila dipanaskan, disebabkan oleh tekanan berlebihan yang terbina. Cecair dan wap yang mudah terbakar. Wap boleh dinyalakan oleh percikan, permukaan panas atau bara. Wap boleh membentuk bahan letup dengan kehadiran udara. Air larian yang terhasil daripada air yang digunakan untuk memadam api boleh menghasikan kebakaran atau letupan dalam pembentung. Produk boleh terbakar yang Penguraian terma atau pembakaran produk boleh merangkumi bahan berikut: Gas atau wap bahaya yang memudaratkan. Nasihat kepada petugas pemadam kebakaran Tindakan perlindungan Elakkan tersedut gas dan wap dihasilkan semasa kebakaran. Kosongkan kawasan. Kekalkan semasa memadamkan kedudukan pada arah mengikut angin untuk menggelakkan penyedutan gas, wap, wasap dan kebakaran asap. Mengalih udara di kawasan tertutup sebelum memasuki kawasan tersebut. Sejukkan bekas yang terdedah kepada haba dengan semburan air dan alihkannya daripada kawasan kebakaran jika ini boleh dilakukan tanpa risiko. Sejukkan bekas yang terdedah kepada api dengan air sehinggalah api dipadamkan. Jika bocoran dan tumpahan tidak terbakar, gunakan semburan air untuk menyelerakkan wap dan melindungi orang yang menghentikan kebocoran. Mengawal air larian dengan membendung dan menjauhi pembentung dan saluran air. Jika risiko pencemaran air berlaku, maklumkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Alat perlindungan khas untuk Pakai peralatan pernafasan serba lengkap (SCBA) positif dan pakaian perlindungan yang petugas pemadam kebakaran sesuai. Pakaian pemadam kebakaran akan menyediakan perlindungan asas kepada kemalangan kimia. Kod Tindakan Kecemasan •2YE BAHAGIAN 6: Langkah-langkah pelepasan tidak sengaja Perlindungan diri, kelengkapan pelindung dan tatacara kecemasan Perlindungan diri Pakai pakaian perlindugan seperti dinyatakan dalam Seksyen 8 dalam helaian data keselamatan. Tindakan tidak harus diambil tanpa melalui lathian yang sesuai atau melibatkan risiko peribadi. Jangan sentuh atau jalan di atas bahan tertumpah. Kosongkan kawasan. Membekalkan pengalihan udara yang mencukupi. Dilarang merokok, tiada percikan, nyalaan atau sumber pencucuhan yang lain menghampiri tumpahan. Tanggalkan pakaian tercemar dengan segera. Elakkan tersedut wap dan semburan/kabus. Guna alat pernafasan yang sesuai jika pengalihan udara yang tidak mencukupi. Langkah melindungi alam sekitar Perlindungan alam sekitar Elakkan pelepasan ke dalam longkang atau saluran air atau atas tanah. Kaedah dan bahan untuk pembendungan dan pembersihan Kaedah pembersihan Pakai pakaian perlindugan seperti dinyatakan dalam Seksyen 8 dalam helaian data keselamatan. Bersihkan tumpahan segera dan lupuskan sisa secara selamat. Menghapuskan semua sumber pencucuhan jika selamat membuat demikian. Dilarang merokok, tiada percikan, nyalaan atau sumber pencucuhan yang lain menghampiri tumpahan. Jangan benarkan bahan masuk ruangan terbatas, disebabkan oleh risiko letupan. Menyerap kuantiti yang kecil dengan tuala kertas dan sejatkan di tempat yang selamat. Setelah penyejatan selesai, letakkan kertas ke dalam bekas pelupusan sisa yang sesuai dan merekat dengan rapat. Tumpahan Besar: Jika produk tersebut larut dalam air, cairkan tumpahan dengan air dan mengelapkannya. Secara alternatif, atau jika ia tidak larut dalam air, menyerap tumpahan dengan menggunakan bahan yang lengai dan kering, dan letak di dalam bekas pelupusan sisa yang sesuai. Penyerap yang tercemar boleh membawa bahaya yang sama seperti bahan tertumpah. Label bekas yang mengandungi sisa dan bahan tercemar dan alihkan daripada kawasan tersebut secepat mungkin. Basuh kawasan tercemar dengan air yang banyak. Basuh betul-betul selepas mengendali tumpahan. Untuk pelupusan sisa, lihat Seksyen 13. Merujuk kepada bahagian lain Merujuk kepada bahagian lain Untuk perlindungan diri, lihat Seksyen 8. Lihat Seksyen 11 untuk maklumat tambahan bahaya kesihatan. Lihat Seksyen 12 untuk maklumat kebahayaan ekologi. Untuk pelupusan sisa, lihat Seksyen 13. BAHAGIAN 7: Pengendalian dan penyimpanan Langkah berjaga-jaga untuk pengendalian selamat Penggunaan berjaga-jaga Baca dan ikut nasihat pengilang. Pakai pakaian perlindugan seperti dinyatakan dalam Seksyen 8 dalam helaian data keselamatan. Jauhi daripada makanan, minuman dan bahan makan binatang. Mengendali semua bungkusan dan belas secara berhati-hati untuk mengurangkan tumpahan. Pastikan bekas ditutup kedap apabila tidak digunaka. Elakkan penghasilan kabus. Produk ini adalah mudah terbakar. Jauhi daripada haba, permukaan panas, percikan, nyalaan terbuka dan sumber pencucuhan yang lain. Dilarang merokok. Jangan kendalikan sehingga semua langkah keselamatan telah dibaca dan difahami. Jangan kendalikan bungkusan yang rosak tanpa peralatan perlindungan. Jangan pakai semula bekas kosong. Nasihat terhadap higien Cuci dengan cepat jika kulit tercemar. Tanggalkan pakaian tercemar. Cuci pakaian yang pekerjaan umum tercemar sebelum digunakan semula. Keadaan penyimpanan selamat, termasuk apa-apa ketidakserasian Penyimpanan berjaga-jaga Menyimpan jauh daripada bahan yang tidak serasi (lihat Seksyen 10). Jauhi daripada bahan mengoksida, haba dan nyalaan. Simpan hanya dalam bekas asal. Pastikan bekas ditutup ketat dan disimpan di tempat sejuk dan mempunyai pengalihan udara yang baik. Pastikan bekas berdiri tegak. Melindungi bekas dariapda kerosakan.