MCC-XF020D, MCC-XF020P, MCC-XF020G, MCC-XF020GL, MCC-XF020L

MICROCARE ASIA PTE LTD

Revisi tanggal : 2021-07-30

SDS Library

Pindahkan perpustakaan LDK Anda ke online hari ini

Check Icon
Pengaturan – Pengaturan mudah dengan database kami yang berisi 16 juta+ LDK
Check Icon
Terkini – LDK Anda diperbarui ke versi terbaru.
Check Icon
Akses karyawan – Tablet, smartphone, atau tautan dari intranet perusahaan
Check Icon
Keamanan – Akses dengan satu klik ke informasi pertolongan pertama.
Check Icon
Label – Buat label wadah sekunder dengan satu klik.
Peringkat risiko kesehatan 1
Peringkat risiko keselamatan 1
Peringkat risiko lingkungan 3

General Information

Revisi tanggal

2021-07-30

A. Nama produk

MCC-XF020D, MCC-XF020P, MCC-XF020G, MCC-XF020GL, MCC-XF020L

Icons in SDS

M004 M009

Company Information

perusahaan

MICROCARE ASIA PTE LTD

Alamat email

techsupport@microcare.sg, techsupport@microcare.com

Hazard Codes

Pernyataan bahaya (CLP)

H412

Pernyataan bahaya

Kode

Pernyataan

H412

Berbahaya pada kehidupan perairan dengan efek jangka panjang

Section 2

Pernyataan bahaya

H412 Memudaratkan kepada hidupan akuatik dengan kesan kekal berpanjangan. Pernyataan berjaga-jaga P273 Elakkan pelepasan bahan ke persekitaran. P501 Lupuskan kandungan/ bekas menurut peraturan kebangsaan. Maklumat label tambahan Lembaran data keselamatan disediakan atas permintaan. Untuk digunakan dalam pemasangan perindustrian sahaja.

2.3 Bahaya lain

Produk ini tidak mengandungi bahan yang dikelaskan sebagai PBT (persisten, berterkumpul, dan toksik) atau vPvB (sangat persisten dan sangat bioterkumpul). BAHAGIAN 3: komposisi dan maklumat mengenai ramuan bahan kimia berbahaya Campuran 1,1,1,2,2,3,4,5,5,5-decafluoropentane 98% Nombor CAS: 138495-42-8 Pengelasan Akuatik Kronik 3 - H412 Poly-tfe, omega-hydro-alpha-(methylcyclohexyl) 2% Nombor CAS: 65530-85-0 Pengelasan Tidak terkelas. Teks penuh untuk penyataan bahaya adalah ditunjukkan di Seksyen 16. Ulasan komposisi Peratusan sebenar (konsentrasi) komposisi telah ditahan sebagai rahsia perdagangan mengikut perenggan (i) CFR 1900.1200 Composition BAHAGIAN 4: Langkah-langkah pertolongan cemas Perihalan langkah-langkah pertolongan cemas Maklumat umum Jika ragui, dapatkan rawatan perubatan segera. Tunjukkan Helaian Data Keselamatan kepada pegawai perubatan. Penyedutan Pindahkan mangsa ke kawasan berudara segar dan biarkan mangsa dalam keadaan rehat supaya mangsa dapat bernafas dengan selesa. Longgarkan pakaian yang ketat seperti kolar, tali leher dan tali pinggang. Dapatkan rawatan perubatan jika gejala menjadi teruk atau berkekalan. Pengingesan Membilas mulut betul-betul dengan air. Dapatkan nasihat/rawatan perubatan jika anda rasa tidak sihat. Jangan paksa muntah kecualidiarahkan oleh pegawai perubatan. Sentuhan kulit Membilas dengan air. Sentuhan mata Tanggalkan sebarang kanta sentuh dan buka kelopak mata dengan besar. Membilas dengan air. Dapatkan rawatan perubatan jika ketidakselesaan berterusan. Perlindungan bagi petugas Pegawai pertolongan cemas harus memakai peralatan perlindungan yang sesuai semasa pertolongan cemas operasi penyelamatan. Gejala dan kesan akut dan tertangguh yang paling penting Maklumat umum Kemudaratan gejala yang diterangkan akan bergantung kepada kepekatan dan tempoh pendedahan. Penyedutan Wap dalam kepekatan tinggi adalah anestetik. Gejala pededahan berlebihan boleh merangkumi seperti di bawah: Sakit kepala. Kepenatan. Pening. Gangguan sistem saraf pusat. Pengingesan Boleh menyebabkan sakit perut dan muntah. Boleh menyebabkan loya, sakit kepala, pening dan kemabukan. Sentuhan kulit Produk mengandungi kesan nyahlemak terhadap kulit. Boleh menyebabkan ekzema sentuh alergi. Sentuhan mata Boleh menyebabkan kerengsaan mata sementara. Petunjuk bagi keperluan perhatian perubatan segera dan rawatan khas Nota untuk doktor Tiada nasihat yang khusus. Jika ragui, dapatkan rawatan perubatan segera. BAHAGIAN 5: Langkah-langkah pemadaman kebakaran Bahan memadamkan api Bahan memadamkan api yang Memadam dengan menggunakan buih rintangan-alkohol, karbon dioksida, serbuk kering atau sesuai kabus air. Gunakan media pemadam api yang sesuai dengan kebakaran sekeliling. Bahan memadamkan api yang Jangan gunakan pancutan air sebagai pemadam aoi, ini akan memarakkan api. tidak sesuai Bahaya khas daripada bahan atau campuran Bahaya khusus Air larian yang terhasil daripada air yang digunakan untuk memadam api boleh menghasikan kebakaran atau letupan dalam pembentung. Produk boleh terbakar yang Penguraian terma atau pembakaran mungkin membebaskan oksida karbon dan gas atau wap bahaya toksik yang lain. Oksida karbon. Oksida nitrogen. Hidrogen fluorida. hidrokarbon berhalogen. Nasihat kepada petugas pemadam kebakaran Tindakan perlindungan Elakkan tersedut gas dan wap dihasilkan semasa kebakaran. Kosongkan kawasan. Sejukkan semasa memadamkan bekas yang terdedah kepada haba dengan semburan air dan alihkannya daripada kawasan kebakaran kebakaran jika ini boleh dilakukan tanpa risiko. Sejukkan bekas yang terdedah kepada api dengan air sehinggalah api dipadamkan. Elakkan pelepasan ke dalam persekitaran akuatik. Mengawal air larian dengan membendung dan menjauhi pembentung dan saluran air. Jika risiko pencemaran air berlaku, maklumkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Alat perlindungan khas untuk Pakai peralatan pernafasan serba lengkap (SCBA) positif dan pakaian perlindungan yang petugas pemadam kebakaran sesuai. Pakaian pemadam kebakaran akan menyediakan perlindungan asas kepada kemalangan kimia. BAHAGIAN 6: Langkah-langkah pelepasan tidak sengaja Perlindungan diri, kelengkapan pelindung dan tatacara kecemasan Perlindungan diri Pakai pakaian perlindugan seperti dinyatakan dalam Seksyen 8 dalam helaian data keselamatan. Tindakan tidak harus diambil tanpa melalui lathian yang sesuai atau melibatkan risiko peribadi. Jangan sentuh atau jalan di atas bahan tertumpah. Kosongkan kawasan. Membekalkan pengalihan udara yang mencukupi. Dilarang merokok, tiada percikan, nyalaan atau sumber pencucuhan yang lain menghampiri tumpahan. Tanggalkan pakaian tercemar dengan segera. Langkah melindungi alam sekitar Perlindungan alam sekitar Elakkan pelepasan ke dalam longkang atau saluran air atau atas tanah. Elakkan pelepasan ke dalam persekitaran akuatik. Kaedah dan bahan untuk pembendungan dan pembersihan Kaedah pembersihan Pakai pakaian perlindugan seperti dinyatakan dalam Seksyen 8 dalam helaian data keselamatan. Bersihkan tumpahan segera dan lupuskan sisa secara selamat. Menghapuskan semua sumber pencucuhan jika selamat membuat demikian. Dilarang merokok, tiada percikan, nyalaan atau sumber pencucuhan yang lain menghampiri tumpahan. Menyerap kuantiti yang kecil dengan tuala kertas dan sejatkan di tempat yang selamat. Setelah penyejatan selesai, letakkan kertas ke dalam bekas pelupusan sisa yang sesuai dan merekat dengan rapat. Tumpahan Besar: Jika produk tersebut larut dalam air, cairkan tumpahan dengan air dan mengelapkannya. Secara alternatif, atau jika ia tidak larut dalam air, menyerap tumpahan dengan menggunakan bahan yang lengai dan kering, dan letak di dalam bekas pelupusan sisa yang sesuai. Penyerap yang tercemar boleh membawa bahaya yang sama seperti bahan tertumpah. Label bekas yang mengandungi sisa dan bahan tercemar dan alihkan daripada kawasan tersebut secepat mungkin. Basuh kawasan tercemar dengan air yang banyak. Basuh betul-betul selepas mengendali tumpahan. Bahaya kepada alam sekitar. Jangan lepaskan ke dalam longkang. Untuk pelupusan sisa, lihat Seksyen 13. Merujuk kepada bahagian lain Merujuk kepada bahagian lain Untuk perlindungan diri, lihat Seksyen 8. Lihat Seksyen 11 untuk maklumat tambahan bahaya kesihatan. BAHAGIAN 7: Pengendalian dan penyimpanan Langkah berjaga-jaga untuk pengendalian selamat Penggunaan berjaga-jaga Baca dan ikut nasihat pengilang. Pakai pakaian perlindugan seperti dinyatakan dalam Seksyen 8 dalam helaian data keselamatan. Jauhi daripada makanan, minuman dan bahan makan binatang. Mengendali semua bungkusan dan belas secara berhati-hati untuk mengurangkan tumpahan. Pastikan bekas ditutup kedap apabila tidak digunaka. Elakkan penghasilan kabus. Elakkan pelepasan ke dalam persekitaran akuatik. Jangan kendalikan sehingga semua langkah keselamatan telah dibaca dan difahami. Jangan kendalikan bungkusan yang rosak tanpa peralatan perlindungan. Jangan pakai semula bekas kosong. Nasihat terhadap higien Cuci dengan cepat jika kulit tercemar. Tanggalkan pakaian tercemar. Cuci pakaian yang pekerjaan umum tercemar sebelum digunakan semula. Keadaan penyimpanan selamat, termasuk apa-apa ketidakserasian Penyimpanan berjaga-jaga Menyimpan jauh daripada bahan yang tidak serasi (lihat Seksyen 10). Jauhi daripada bahan mengoksida, haba dan nyalaan. Simpan hanya dalam bekas asal. Pastikan bekas ditutup ketat dan disimpan di tempat sejuk dan mempunyai pengalihan udara yang baik. Pastikan bekas berdiri tegak. Melindungi bekas dariapda kerosakan. Kegunaan akhir yang khusus Kegunaan akhir yang khusus Penggunaan yang dikenalpasti untuk produk ini diterangkan secara terperinci di Seksyen 1. Reference to other sections. Menyimpan jauh daripada bahan yang tidak serasi (lihat Seksyen 10). BAHAGIAN 8: Kawalan pendedahan/perlindungan diri Parameter kawalan Kawalan pendedahan Alat perlindung Kawalan kejuruteraan yang Membekalkan pengalihan udara yang mencukupi. Memerhati sebarang had pendedahan sesuai pekerjaan untuk produk atau ramuan. Perlindungn mata/muka Melainkan penilaian menunjukkan tahap perlindungan yang lebih tinggi diperlukan, perlindungan di bawah harus dipakai: Kaca mata keselamatan yang boleh dipakai dengan ketat.

SDS Library

Pindahkan perpustakaan LDK Anda ke online hari ini

Check Icon
Pengaturan – Pengaturan mudah dengan database kami yang berisi 16 juta+ LDK
Check Icon
Terkini – LDK Anda diperbarui ke versi terbaru.
Check Icon
Akses karyawan – Tablet, smartphone, atau tautan dari intranet perusahaan
Check Icon
Keamanan – Akses dengan satu klik ke informasi pertolongan pertama.
Check Icon
Label – Buat label wadah sekunder dengan satu klik.