General Information
Tarikh Semakan:
2009-03-27
A. Nama produk
1800-88-3188 or +6012-309 1537
1.3 Sinonim:
Asphalt 60/70, Asphalt 60/80, Asphalt 80/100
Nombor kecemasan
Kesihatan
Icons in SDS
Company Information
syarikat
Chevron Malaysia Limited
e-mel
vitinij@chevron.com
Section 2
Bahagian ii - pengenalpastian risiko
GAMBARAN MENYELURUH KECEMASAN - BOLEH MENYEBABKAN KERENGSAAN TREK PERNAFASAN JIKA DIHIDU - JIKA DIPANASKAN BOLEH MEMBEBASKAN GAS HIDROGEN SULFIDA (H2S) YANG SANGAT TOKSIK DAN MUDAH MENYALA - JANGAN CUBA MENYELAMATKAN NYAWA JIKA TIDAK MEMAKAI PERLINDUNGAN PERNAFASAN BEKALAN UDARA ************************************************************************************************************************
Kesan kesihatan
SERTA MERTA Mata: Dijangka tidak menyebabkan kerengsaan mata yang berpanjangan atau banyak. Jika bahan dipanaskan, luka terbakar terma boleh berlaku akibat terkena mata. Kulit: Jika terkena kulit dijangka tidak menyebabkan kerengsaan berpanjangan atau besar. Jika terkena kulit dijangka tidak menyebabkan gerak balas alergi kulit. Dijangka tidak memudaratkan organ dalam jika diserap menerusi kulit. Jika bahan dipanaskan, luka terbakar terma boleh berlaku akibat terkena kulit. Ditelan: Dijangka tidak memudaratkan jika ditelan. Penghiduan: Wap atau wasap daripada bahan ini boleh menyebabkan kerengsaan pernafasan. Gejala kerengsaan pernafasan mungkin termasuk batuk-batuk dan kesukaran bernafas. Hidrogen sulfida berbau kuat seperti telur busuk. Namun, jika pendedahan berterusan dan pada aras tinggi, H2S boleh mematikan deria bau. Jika bau telur busuk tidak lagi ketara, tidak semestinya bererti pendedahan telah berakhir. Pada aras rendah, hidrogen sulfida menyebabkan kerengsaan mata, hidung dan tekak. Aras sederhana boleh menyebabkan sakit kepala, pening, mual, dan muntah-muntah, serta batuk dan kesukaran bernafas. Aras yang lebih tinggi boleh menyebabkan kejutan, konvulsi, koma, dan kematian. Setelah pendedahan serius, biasanya gejala mula terjadi serta-merta Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Nasional (NIOSH) Amerika Syarikat menganggap kepekatan bawaan udara gas hidrogen sulfida pada kadar melebihi 100 ppm adalah Serta Merta Berbahaya Kepada Nyawa dan Kesihatan (IDLH). TERTUNDA ATAU KESAN KESIHATAN LAIN Kanser: Boleh menyebabkan kanser pada haiwan makmal, tetapi maklumat yang tersedia tidak memadai bagi menentukan sama ada bahan ini berupaya menyebabkan kanser pada manusia.